6 Sifat sahabat nabi dalam Bahasa Melayu

0
468

Enam Sifat sahabat nabi

Malay

 

Pengenalan

Para sahabat (R.A) mempunyai banyak sifat-sifat yang terunggul. para ulama telah memilih beberapa sifat ini,jika kita amalkan sifat-sifat ini,untuk menyempurnakan tuntutan agama akan jadi mudah untuk kita.

 

 

1.   Imaan

 

ال اله اال للا

 

Maksud.

– Untuk keluarkan keyakinan yang salah daripada hati kita bahawa makhluk berkuasa dan masukkan keyakinan yang betul ke dalam hati kita bahawa hanya Allah Taa’la yang berkuasa.(bila kita keluarkan kebesaran makhluk dari hati kita dan masukkan kebesaran Allah Taa’la dalam hati kita bahawa hanya Allah Taa’la yang berkuasa makhluk tidak berkuasa)

Kelebihan.

Hzrat Muaath ibn Jabal (R.A) telah meriwayatkan bahawa Rasul-rasul (A.S) telah bersabda “siapa yang akhir kalimahnya adalah kalimah للا اال اله ال, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”(Abu Dawood dan Hakim)

Cara nak dapat.

Da’waah. Dua’

 

محمد رسول للا صىل للا عليه وسلم

Maksud.

Nak kena yakin bahawa cara hidup nabi (S.a.w) bawak kejayaan,cara hidup selain nabi (S.a.w) bawak kearah kemungkaran.

 

Kelebihan.

Hazrat Abu Hurairah (R.A) meriwayatkan bahawa nabi (S.A.W) pernah bersabda “Barang siapa yang hidupkan Sunnah ku pada zaman kemungkaran umat,dia akan mendapat 100 pahala matisyahid(Mishkatul Masabeeh)

 

Cara nak dapat.

Da’waah

 

Cuba bawak/amalkan satu Sunnah dalam kehidupan setiap hari.

Dua’.

 

 

2.   Solaah

 

Maksud.

Bawa ketaatan dalam solat ke luar solat.

Kelebihan.

Hazrat Jabir (R.A) meriwayatkan bahawa dia mendengar Nabi (S.A.W) bersabda ,”Perumpamaan bagi orang yang solat 5 waktu setiap hari adalah seperti sungai yang dalam dan kecil mengalir di hadapan pintu seseorang yang mandi didalamnya 5 kali sehari.

Cara nak dapat.

Da’waah

Solat sunat untuk tingkatkan khusyu’ dan khudu’ dalam solat.cuba solat semua solat waktu di masjid berjemaah daripada takbiratul ulaa.

 

 

3.   Ilmu

 

Maksud.

Nak tahu perintah dan larangan Allah Taala setiap keadaan.

Kelebihan.

Hazrat Abu Darda (R.A) meriwayatkan,Aku mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda “Sesiapa yang keluar mencari ilmu,Allah Taa’la akan buka kan jalan untuknya salah satu jalan ke syurga.Dan malaikat-malaikat akan lebarkan sayap-sayap mereka dengan kegembiraan untuk orang-orang yang pergi mencari ilmu,Pendudukpenduduk langit dan bumi,juga ika-ikan di lautan akan mendoakan keampunan untuk seorang alim.Kemuliaan seorang abid adalah seperti satu bulan purnama/penuh dari pada bintang-bintang dan sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para-para nabi juga para-para nabi tidak akan tinggalkan harta warisan dalam bentuk dinar atau dirham tetapi mereka akan tinggalkan ilmu sebagai harta warisan.Sesiapa yang memperoleh ilmu akan menerima bahagian yang banyak.

Cara nak dapat.

Da’waah.

Pergi pada ulama untuk ilmu masail dan duduk dalam ta’lim untuk ilmu fazail.

Dua.

 

3b. Zikir

 

Maksud.

Untuk sentiasa ingat Allah Taa’la setiap masa dan keadaan.

Kelebihan.

Hazrat Abu Musa AL-ash’ari (R.a)meriwayatkan Rasulullah (S.A.W) bersabda “Perumpaan seseorang yang berzikir kepada Allah Taa’la dan orang yang tidak berzikir kepada Allah Taa’la adalah seperti orang yang hidup di sisi Allah Taa’la dan orang yang mati disisi Allah Taala.” (Bukhari dan Muslim)

Cara nak dapat.

Daa’waah

Orang yang bukan hafiz hendaklah membaca 1 Juz daripada Al-Qur’aan setiap hari dan 3 Juz setiap

hari seseorang huffaz. Baca selawat dan Istighfar

Dan kalimah ketiga 100 kali,setiap pagoi dan malam.

Baca masnoon dua pada sebelum dan selepas apa-apa perbuatan

 

 

4.   Ikram

 

Maksud.

Muliakan saudara sesame Islam.(tunaikan haq saudara kita tanpa menuntut haq)

 

 

Kelebihan.

Hazrat Abu Darda (R.A) meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) pernah bersabda “Barang siapa yang membantu seaorang muslim yang dalam kesusahan,maka Allah Taa’la akan bantu dia bila dia dalam kesusahan pada hari kiamat.barangsiapa yang mudahkan seseorang dalam kesusahan ,Maka Allah Taa’la akan mudahkan dia didunia dan di akhirat. Barangsiapa yang jaga aib seorang muslim maka Allah Taa’la akan jaga aib nya didunia dan akhirat,Allah Taa’la akan bantu hambanya selagi dia membantu saudara islamnya.

 

 

Cara nak dapat.

Da’waah

Yang pertama, tunaikan haq saudara kita.

Yang kedua, beri keutamaan kepada haq orang lain sebelum haq diri kita sendiri. Yang ketiga, tinggalkan haq dirisendiri untuk saudara islam yang lain.

Dua’.

 

5.   Ikhlaas.

 

Maksud.

Lakukan sesusatu hanya kerana nak dapatkan keredaan Allah Taala.

 

Kelebihan.

Ameerul-Mukminin Umar Ibn AL-khattab (R.A) meriwayatkan bahawa aku mendengar Rasulullah (S.A.W) bersabda “Sesungguhnya setiap perbuatan akan dinilai berdasarkan niat mereka dan setiap orang akan dapat balasan berdasarkan apa yang diniatkan.”(Bukhari dan Muslim)

 

Cara nak dapat.

Daa’waah

Sebelum, semasa dan selepas setiap perbuatan, pastikan niat hanya untuk mendapat keredaan Allah Taala.

Dua.

 

 

6.   Keluar ke jalan Allah Taa’la

 

Maksud.

Untuk bawak seluruh agama kepada setiap manusia.untuk mendapatkan ini,kita kena usahakan perkara ini sehinggakan agama mencapai tahap sepertimana waktu nabi (S.A.W) tinggalkan dunia ini.

 

Kelebihan.

Hazrat Anas (R.A) meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) bersabda “Sepagi dan sepetang dijalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.(Bukhari)

 

Cara nak dapat.

daa’waah

keluar 4 bulan setiap tahun,10 hari setiap bulan, dan 8 jam setiap hari di jalan Allah Taa’la.

Juga buat 5 a’maal di masjid mesyuarat,ghust dalam ghust luar,taa’lim di dalam masjid,taa’lim di

rumah. Dua.

Previous article6 Sifat Sahabat nabi dalam Bahasa Indonesia
Next article6 Sifat sa Filipino Tagalog